Labels

Tuesday 14 February 2012

Panduan Zakat

PANDUAN ZAKAT

PENDAHULUAN

Islam mengajarkan kepada pemeluknya untuk memiliki kepedulian terhadap kaum dhuafa dengan menolong, membantu dan meringankan beban hidup mereka. Perbuatan tersebut termasuk salah satu kewajiban yang mesti dilakukan, firman Allah SWT: 
dan saling tolong menolonglah kalian dalam kebaikan dan taqwa dan janganlah kalian saling tolong menolong dalam dosa dan permusuhan” (QS. Al-Maidah: 3).
Untuk memudahkan jalan bagi kaum muslimin dalam membantu kaum dhuafa, Islam menetapkan adanya syariat zakat, infak dan shadaqah. Dalam sejarah Islam, konsep zakat membuktikan bukan hanya dapat meringankan beban kaum dhuafa tetapi juga mampu menjadi salah satu tonggak dalam mengentaskan kefakiran dan kemiskinan. Dan itulah visi zakat, “merubah mustahik (penerima zakat) menjadi muzakki (pembayar zakat)”.
LANDASAN SYAR’I

Al-Quran
“Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang
tidak mendapat bagian.” QS. Adz Dzariat : 19
“…Dan nafkahkanlah sebagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya
…” QS. Al Hadid : 7
“Wahai orang-orang yang beriman, infakkanlah (zakatkanlah) sebagian dari hasil usahamu yang
baik-baik, …” Q.S. Al Baqarah : 267

Al-Hadits
“Bila suatu kaum enggan mengeluarkan zakat, Allah akan menguji mereka dengan kekeringan dan
kelaparan.” H.R. Thabrani
“Bila zakat bercampur dengan harta lainnya maka ia akan merusak harta itu.” H.R. Al Bazar
dan Baehaqi.

Ijma’
Kesepakatan ulama baik salaf maupun khalaf bahwa zakat merupakan kewajiban yang harus dilaksanakan oleh umat Islam dan haram mengingkarinya.

Ancaman bagi orang yang tidak berzakat

Firman Allah SWT. :
Dan orang-orang yang tidak menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah swt. maka beritahukanlah kepada mereka (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. Pada hari itu dipanaskan emas dan perak tersebut di neraka jahanam, lalu disetrika dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka, (lalu dikatakan) kepada mereka :”Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) harta
yang kamu simpan.” (QS. At Taubah : 34-35).
SYARAT HARTA WAJIB ZAKAT

Milik sempurna (Milkun Taam)
Cukup nishab
Berlalu satu tahun atau haul (bagi sebagian harta)
Harta yang halal
Lebih dari kebutuhan pokok (surplus minimum).
Berkembang (An Nama)

JENIS ZAKAT

Zakat terbagi menjadi dua :
Zakat Fitrah (Nafs)
Zakat Harta (maal)

ZAKAT FITRAH

Pengertian
Zakat fitrah adalah zakat (shadaqah) jiwa, istilah tersebut diambil dari kata fitrah yang merupakan asal dari kejadian. Dari Ibnu Umar ra. Beliau berkata : ”Rasulullah saw. Telah memfardhukan zakat fitrah 1 sha’ dari kurma atau gandum atas budak,orang merdeka, laki-laki dan perempuan, anak kecil dan orang tua dari seluruh kaum muslimin. Dan beliau perintahkan supaya dikeluarkan sebelum orang-orang keluar untuk shalat 
‘Ied.” (HR. Bukhori).

Waktu pembayaran
1. Wajib membayar zakat fitrah yaitu ditandai dengan tenggelamnya matahari di akhir bulan
    Ramadhan
2. Boleh mendahulukan atau mempercepat pembayaran zakat fitrah dari waktu wajib tersebut.

Peta Minda Zakat Fitrah

Rujukan untuk topik Zakat Fitrah

Forum ILMU


Hijjaz - Pemimpin Yang Adil

Lihat Video

Hadist Kepimpinan

Lihat Video

Rasulullah S.AW. sebagai Tokoh Kepimpinan

Pengenalan

Para nabi dan rasul merupakan manusia pilihan utusan Allah untuk memimpin dan mambimbing manusia ke jalan yang benar. Nyatalah para nabi dan rasul merupakan pemimpin contohan dan mercu tanda sejarah ketamadunan manusia. Dalam koteks yang lebih khusus, nabi Muhammad (SAW) merupakan nabi dan rasul yang terakhir dan penghulu para nabi dan rasul, tentunya mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama yang berkaitan dangan hal-hal kepimpinan. Sebagai pemimpin yang unggul, sirah kehidupan baginda sering disorot oleh ramai penulis sejak zaman dahulu lagi hingga sekarang, sama ada oleh sarjana Islam atau bukan Islam. Maka itu, tidak menghairankan jikalau Michael H. Hart (1978) telah meletakkan Rasulullah (SAW) sebagai manusia “pertama” dalam senarai manusia yang dianalisisnya sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan dunia. Kepada umat Islam, tentunya kedudukan baginda lebih istemewa kerana baginda merupakan “qudwah” kepada umat Islam dalam segenap demensi kehidupan.

Tentunyalah sirah baginda mempunyai kedudukan teristemewa tersebut wajar digali dan dilihat, terutama yang melibatkan hal-hal kepimpinan.
Rasulullah (SAW) Sebagai Pemimpin

Sebagai pemimpin yang dipilih oleh Allah, tentunya baginda dirancang sedemikian rupa untuk menjadikan baginda pemimpin mithali. Kehidupan baginda yang yatim, hidup dalam suasana kehidupan yang serba sederhana menjadi batu asas penting dalam proses pemupukan sifat kepemimpinan baginda . Dengan kehendak dan pemeliharaan Allah, baginda dapat membataskan dari baginda dari perkara yang merosakkan dan tidak berfaedah. Baginda akhirnya manjadi manusia yang paling dipercayai yang digelar “al-amin” oleh seluruh masyarakat di zamannya.

Sifat asasi yang wajib bagi para nabi dan rasul terserlah dengan cukup nyata pada diri Rasulullah (SAW). Sifat-sifat tersebut ialah : sidiq, amanah, tabligah dan fatonah. Sifat-sifat ini merupakan tunggak asasi keperibadian dan kepimpinan Rasulullah (SAW). Sidiq ialah sifat yang mempunyai ciri-ciri benar yang merangkumi nilai-nilai tidak melakukan sifat bohong dan pendustaan, sama ada dalam percakapan mahupun dalam perbuatan. Ini merujuk kepada sifat tiadanya kontradiksi anatara apa yang diucap dengan apa yang dilaksanakan. Di samping itu, sidiq juga membawa maksud hidup dan perjuangan baginda itu bertunjangkan kebenaran hakiki, yang boleh membawa manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sifat asasi yang lain ialah amanah, iaitu merujuk kepada sifat melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Baginda tidak melakukan walaupun sedikit penyelewengan, penyimpangan atau pengkhianatan. Apa yang diarahkan oleh Allah itulah dilaksanakan olah baginda seutuh dan setulennya.

Sifat asasi yang lainnya ialah tabligh, yang secara literalnya bermaksud “menyampaikan”. Ianya merujuk kepada sifat baginda melaksanakan tanggungjawab menyampaikan seluruh dan sepenuhnya risalah kenabian dan kerasulan baginda kepada manusia. Baginda tidak sedikit pun menyembunyikan apa yang ditanzilkan oleh Allah kepada baginda untuk disampaiakn kepada umat manusia sejagat. Di samping baginda juga dengan sifat tabligh itu mempunyai kemahiran dan kemampuan komunikasi yang tinggi. Dengan itu, ianya membolehkan manusia yang didakwahkan oleh baginda memahami maksud dan tujuan dakwah tersebut.

Sifat asasi yang lain ialah fatonah, iatu bermaksud “bijaksana”. Sebagai pembawa risalah Allah, dan pemimpin manusia sejagat, baginda merupakan pemimpin yang mempunyai kebijksanaan yang luar biasa. Ini dapat dilihat melalui tindakan-tindakan yang baginda laksanakan dalam sejarah perjuangan dan kehidupan baginda.

Dengan sifat-sifat asasi tersebut, baginda telah melaksanakan tanggungjawab kenabian dan kerasulan dengan berjaya, dan ianya penuh dengan contoh dan teladan yang bukan sedikit yang sewajarnya dicungkil dan dihayati oleh seluruh umat manusia, terutamanya oleh umat Islam, khususnya mereka yang merasakan diri mereka pejuang dan penggerak Islam.

Monday 13 February 2012